Monday 17 February 2014

Walimatulurus : Penyatuan dua hati....

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam Ustaz Sensei sempat bersama mak Ustaz Sensei, menghadiri majlis walimatulurus sepupu Ustaz Sensei di Seksyen 18, Shah Alam.

Majlisnya sederhana, tidak terlalu gah atau mewah, siap ada cendol (Ustaz Sensei ambil semangkuk je, takut nanti kalau dua mangkuk bertambah jadi tiga pula... hihihi), ada juga set karaoke (Ustaz Sensei tak sempat nak men'sumbang'kan satu dua lagu sebab dah mendung...) dan juga makan beradab termasuklah pelamin untuk pengantin bersanding.

Mak Ustaz Sensei bagi sampul berisi duit untuk Ustaz Sensei serahkan pada tuan rumah (kira macam salam berisilah), malah Ustaz Sensei makin kaget lak. Dua tiga orang yang disalam semuanya bukan tuan rumah, siap bagi balik sampul kat Ustaz Sensei.. hihihi.

Dalam pada kekalutan dan juga kepelikan Ustaz Sensei terfikir,

"Dari mana datangnya budaya bersalam isi sampul ni??"

Setau Ustaz Sensei, budaya ini adalah budaya bangsa tionghua (betulkan Ustaz Sensei kalau tersilap), yang mana tetamu memberikan sampul berisi wang kepada kepada tuan rumah sebagai tanda "prosperous".


Lalu Ustaz Sensei pun post la kat FB bertanyakan perkara ini... Sebab rasanya konsep orang menghulur tu macam tak kena. Yelah, Walimatulurus ni kita jamu tetamu untuk menghebahkan pernikahan, tapi ni ada pulak yang memberi sumbangan...

Ekoran itu, macam-macam hal-lah orang punya respons... sampai ada yang panggil Ustaz Sensei wasabi  wahabi kerana bertanyakan hal ini, hihihi...

Teringat pula Ustaz Sensei dengan satu hadith apabila ada antara rakan fb Ustaz Sensei menyebutnya :

Dari Ibnu Umar berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda, 
 
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

"Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (HR. Abu Dawud, Al-Libas, 3512. Al-Albany berkata dalam Shahih Abu Dawud, Hasan Shahih no. 3401)

Dari pelbagai sudut pendapat ulama, hadith ini membincangkan tentang "menyerupai orang kafir" yang terdapat pada dua bahagian :

1) Menyerupai dari segi ibadah mereka.

2) Menyerupai akan sesuatu perbuatan yang bukan asal daripada mereka, tetapi orang kafir juga melakukannya.


Wallahua'lam.

Ustaz Sensei tak mahir dalam bab Hadith. Ia bukan cabang yang Ustaz Sensei pernah ceburi dulu. Mungkin pengunjung blog ini boleh bertanya pada yang arif, seperti Ustaz Love?

No comments:

Post a Comment