Monday 17 March 2014

Ujian dari Allah SWT...

Kita baru masuk bulan Mac bagi tahun 2014. Belum pun setengah tahun, namun sudah pelbagai dugaan dan ujian dari Allah SWT kepada kita hambanya. Antaranya kehilangan kapal terbang MH370, jerebu, kemarau yang berpanjangan (sehingga air terpaksa dicatu), kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan yang paling memeranjatkan dan menyayat hati, kematian lima anak muda di sebuah konsert "Future Music Festival Asia".

Masalah kemarau yang berpanjangan mengakibatkan mudahnya kebakaran terbuka dan ini juga menghasilkan jerebu yang boleh mendatangkan kesan buruk pada mereka yang menghidunya. Di kawasan rumah Ustaz Sensei adalah antara kawasan yang tercatat bacaan paling tinggi hingga menyebabkan adik-adik tidak bersekolah (ekoran sekolah ditutup).

Selain itu, negara kita dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan bagi Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan liwatnya; yang mendapat tentangan pelbagai pihak.

Belumpun reda perkara itu, sekali lagi negara kita dikejutkan dengan satu lagi berita; iaitu kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih hilang tidak dapat dikesan...

Sedang negara berhempas pulas mencari dan menyelamat krew dan penumpang MH370, tiba-tiba ada lagi berita yang tidak baik; iaitu kematian lima orang anak muda (yang mana tiga daripadanya adalah Islam) di sebuah konsert festival baru-baru ini. Anak-anak muda ini yang sepatutnya menjadi harapan bangsa, tewas dengan penangan "dadah" dan "alkohol" (menurut sumber).

Apakah kita masih tidak sedar??

Apakah kita masih tidak mahu bertaubat??

Apakah kita masih tidak belajar daripada balasan Allah SWT terhadap kaum-kaum terdahulu??

Dengan gejala gaynya, pemimpin-pemimpin yang zalim (saya tidak tujukan pada siapa-siapa, cuma secara umum), anak derhaka, bayi-bayi dibuang, apakah kita yakin kita antara yang bakal diselamatkan oleh Allah SWT apabila turunnya bala kelak??

Wallahu'alam.


Masih belum terlambat untuk kita bertaubat......


"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

(Surah Al-Hajj; ayat 41)