Ustaz Sensei berkesempatan sekejab tadi untuk update fb,
terlihat satu tajuk yang menarik perhatian Ustaz Sensei, yang di update oleh
satu group yang mana Ustaz Sensei dah like.
Dari situ, pelbagai komen yang dikemukakan. Ada yang bagus,
ada yang hancuss…
Ustaz Sensei tertarik apabila seorang pengunjung mengatakan
tentang kajian sains terhadap molekul air yang berubah apabila dibacakan
ayat-ayat suci Al-Qur’an, yang mana hal itu Ustaz Sensei bersetuju sangat sebab
Ustaz Sensei pun ada terbaca jurnal tu.. Tapi bila direnung pada suatu sudut,
APA TINDAKAN KITA SELEPAS KITA MENGETAHUI KAJIAN SAINS TERSEBUT??
Maka lahirlah pelbagai barangan-barangan jualan yang
berkeraskan berteraskan Islam. Antaranya air jampi sarang anai-anai yang
memakan Al-Quran sebanyak 22 juzuk; tak termasuk cendawan apa-ntah-lagi seperti
yang terdapat pada blog mediapermatangpauh.blogspot.com ni :
Lepas tu lucu pulak bila baca komen yang bawah sekali ni.. hihihi :
Dalam pada orang kita ni mendapatkan rawatan, atau berusaha
terhadap segala kesulitan, kita terlupa dengan satu hakikat bahawa penyembuhan
itu adalah dengan izin Allah s.w.t.
Kenapa Ustaz Sensei cakap macam ni?
Sebab kita selalunya usaha
sahaja terhadap penyembuhan tanpa ada tawakkal sepenuhnya kepada Allah
s.w.t, jadi bila tak bertawakkal, mula le macam-macam perkara mengarut kita
buat hanya untuk mendapatkan penyembuhan yang tidak kita sandarkan pada kuasa
Allah s.w.t. Banyak je perkara-perkara “kurang bijak” yang kita akan buat bila
terdesak dan bila dah terdesak, apa pun boleh jadi!
Secara terang-terangan Allah s.w.t telah memerintahkan kita untuk meminta
kepadaNya akan sesuatu perkara :
Firman Allah s.w.t :
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya
Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong
takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam
keadaan hina.”
(Surah Ghaafir; ayat 60).
Dan satu lagi dalil meminta pertolongan dari Allah s.w.t
dengan sabar dan solat :
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah
pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah
Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya
Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"
(Surah Al-Baqarah; ayat 153)
Kita juga sering terlupa; bahawa ujian dari Allah s.w.t itu
juga mungkin balasan atas apa yang kita telah kerjakan (balasan ketika di
dunia), maka meringankan balasan kita di akhirat kelak (seperti jatuh sakit dan
sebagainya) atau ujian untuk menaikkan lagi tahap iman kita kepadaNya… seperti
dalam dalil di bawah ini :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya."
(Surah Al-Baqarah; ayat 286)
Manakala dalam surah Al-Ankabut pula menyebut tentang ujian
Allah s.w.t yang didatangkan kepada hamba-hambaNya:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu
cubaan)?"
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang
terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata
pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".
(Surah Al-Ankabut; ayat 2 - 3)
Nah, segala terbentang di depan mata. Tepuk dada tanya iman.
Ustaz Sensei tidak bermaksud tidak boleh berusaha untuk
penyembuhan, tetapi biarlah menurut cara yang benar-benar menepati syarak dan
cara Islam. Hanya ayat-ayat Al-Qur’an sahaja yang digunakan dalam proses
merawat, tak perlulah segala barang-barang campur itu, campur ini yang akhirnya
didakwa sebagai “rawatan alternatif".
Sendiri boleh fikir, yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w
adalah Khulafa Ar-Rasyidin. Kenapa para sahabat sendiri tidak buat perniagaan
macam ni? Sedangkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. adalah antara sahabat
Rasulullah s.a.w yang berjaya dalam bidang perdagangan. Kenapa tak ada air “sarang
anai-anai” zaman pemerintahan beliau??
Renung-renungkan (kalau otak tak benak terminum air ada
serangga).
Wallahua'lam.