Tuesday 18 February 2014

Puuhh kanann… Puuhh kiri….




Ustaz Sensei berkesempatan sekejab tadi untuk update fb, terlihat satu tajuk yang menarik perhatian Ustaz Sensei, yang di update oleh satu group yang mana Ustaz Sensei dah like.

 Dari situ, pelbagai komen yang dikemukakan. Ada yang bagus, ada yang hancuss…

Ustaz Sensei tertarik apabila seorang pengunjung mengatakan tentang kajian sains terhadap molekul air yang berubah apabila dibacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an, yang mana hal itu Ustaz Sensei bersetuju sangat sebab Ustaz Sensei pun ada terbaca jurnal tu.. Tapi bila direnung pada suatu sudut, APA TINDAKAN KITA SELEPAS KITA MENGETAHUI KAJIAN SAINS TERSEBUT??
Maka lahirlah pelbagai barangan-barangan jualan yang berkeraskan berteraskan Islam. Antaranya air jampi sarang anai-anai yang memakan Al-Quran sebanyak 22 juzuk; tak termasuk cendawan apa-ntah-lagi seperti yang terdapat pada blog mediapermatangpauh.blogspot.com ni :


Lepas tu lucu pulak bila baca komen yang bawah sekali ni.. hihihi :




Dalam pada orang kita ni mendapatkan rawatan, atau berusaha terhadap segala kesulitan, kita terlupa dengan satu hakikat bahawa penyembuhan itu adalah dengan izin Allah s.w.t.

Kenapa Ustaz Sensei cakap macam ni?

Sebab kita selalunya usaha sahaja terhadap penyembuhan tanpa ada tawakkal sepenuhnya kepada Allah s.w.t, jadi bila tak bertawakkal, mula le macam-macam perkara mengarut kita buat hanya untuk mendapatkan penyembuhan yang tidak kita sandarkan pada kuasa Allah s.w.t. Banyak je perkara-perkara “kurang bijak” yang kita akan buat bila terdesak dan bila dah terdesak, apa pun boleh jadi!


Secara terang-terangan Allah s.w.t  telah memerintahkan kita untuk meminta kepadaNya akan sesuatu perkara :

Firman Allah s.w.t :


“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
(Surah Ghaafir; ayat 60).


Dan satu lagi dalil meminta pertolongan dari Allah s.w.t dengan sabar dan solat :



"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"

(Surah Al-Baqarah; ayat 153)

 
Kita juga sering terlupa; bahawa ujian dari Allah s.w.t itu juga mungkin balasan atas apa yang kita telah kerjakan (balasan ketika di dunia), maka meringankan balasan kita di akhirat kelak (seperti jatuh sakit dan sebagainya) atau ujian untuk menaikkan lagi tahap iman kita kepadaNya… seperti dalam dalil di bawah ini :




"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

(Surah Al-Baqarah; ayat 286)


Manakala dalam surah Al-Ankabut pula menyebut tentang ujian Allah s.w.t yang didatangkan kepada hamba-hambaNya:




"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".

(Surah Al-Ankabut; ayat 2 - 3)


Nah, segala terbentang di depan mata. Tepuk dada tanya iman.

Ustaz Sensei tidak bermaksud tidak boleh berusaha untuk penyembuhan, tetapi biarlah menurut cara yang benar-benar menepati syarak dan cara Islam. Hanya ayat-ayat Al-Qur’an sahaja yang digunakan dalam proses merawat, tak perlulah segala barang-barang campur itu, campur ini yang akhirnya didakwa sebagai “rawatan alternatif".

Sendiri boleh fikir, yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w adalah Khulafa Ar-Rasyidin. Kenapa para sahabat sendiri tidak buat perniagaan macam ni? Sedangkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. adalah antara sahabat Rasulullah s.a.w yang berjaya dalam bidang perdagangan. Kenapa tak ada air “sarang anai-anai” zaman pemerintahan beliau??

Renung-renungkan (kalau otak tak benak terminum air ada serangga).

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment